Quantcast
Channel: GeeHut
Viewing all 347 articles
Browse latest View live

Sirap selasih

$
0
0

Jom nyamankan tekak dengan sirap selasih buah kabung yang sejuk.... ermmmm



Sambil minum sambil kunyah-kunyah buah kabung yang kenyal...


Aaaarghhh....legaaa....



ALif dan Kek Lamington

$
0
0

Assalamualaikum... rindunya lama tak bersiaran... seminggu gantung periuk tau! tuan tanah rewang-rewang ke kota metropolitan sambil menjalankan tugas rasmi... balik ke rumah kelmarin kami dikejutkan dengan berita yang sungguh menggembirakan...Ya Allah! terharu dan sangat bersyukur... anakanda k.gee yang ke3 telah hafaz 30 juzuk AlQuran... Subhanallah...! terima kasih Ya Allah... Kau berikan kami anugerah yang sangat berharga... ALif Arsyad AlHafiz... 


Alif sengaja tidak memberitahu kami tentang majlis itu... katanya ada surprise bila kami melawatnya minggu lepas... Selepas solat Asar petang Isnin, hb terkejut dengan panggilan dari Ustaz yang mengajarnya dan menjemput kami ke sekolah dengan segera... sangkaan kami ALif sakit atau ada hal kecemasan sebab jarang sekali ustaznya menghubungi kami di waktu petang... rupanya kami diundang ke sekolahnya untuk sama-sama meraikan kejayaan ALif... berjurai airmata kami sambil ayahnya memeluk erat ALif lalu  menciumnya berkali-kali... terkenang kami kenakalan ALif sewaktu mula masuk ke Tahfiz dulu... macam-macam hal yang berlaku... tak sangka rupanya dialah permata dalam keluarga kami... syukur alhamdulillah...
   


Bercerita mengenai kek Lamington, sudah lama k.gee buat sebenarnya... ala-ala derhaka gitew... malu nak tunjuk... resipi asalnya ada gunakan lemon curd tapi k.gee tak buat pon... selepas tekap kek bentuk bulat terus k.gee salutkan dengan coklat cair dan taburkan kelapa kering... kerjanya agak leceh...lebih-lebih lagi bagi tangan yang tak berseni macam k.gee ni... comot sana sini... hehehe... kalau berminat boleh juga mencuba resipi dari dapor Masam Manis... compom cantik!!



KEK LAMINGTON
Sumber : Gil Ra Im

(A)

4 large eggs, at room temp (dalam tv tadi pakai 3 je)

70g fine sugar

1/4 pure vanilla extract

1/4 t cream of tartar

(B)

120g cake flour, sifted


(C)

60g melted butter (or corn oil)


Other ingredients

lemon curd (see recipe below)

70g dessicated coconut


1. Set oven at 170 C. Line bottom of 8" (20 cm) square lamington pan with paper, and grease it lightly.

2. Whisk A ingredients with a strong mixer (Kenwood, KitchenAid) till soft peaks form when you lift up your whisk. This method is more testy because the yolk has fat and the trapped air can be lost easily so do not overbeat. You have to work quickly. Another method, adding the yolks to B ingredients and whipping the whites without the yolks, will ensure a lighter cake but I personally feel lamingtons shouldn't have a chiffony texture.

3. Sift in B quickly n thoroughly. Using your hand is the best.

4. Add C and again mix quickly with your hand. Pour into prepared pan, level the batter and bake at 170 C for 15 to 20 min. Test with a thin wooden skewer the middle of the cake. If any batter sticks to the skewer, cake isn't done yet.

5. When cake is cool, trim away the brown crust and cut into 2" (5 cm) x 2" squares (or 1.5" squares, cuter!)or rectangles. Using a fork, dip cake quickly into the dip (to prevent crumbs getting into the bowl of dip, you can place cakes on a wire rack and spoon dip over. Or, you can leave cake to harden in fridge first), let excess drip off and roll it into a plate of dessicated coconut. Chill, take out 10 min before serving.

Lemon Curd

This is my *hungerhunger* lemon curd recipe. It may be too sour for you so do add more sugar if like. You can use store-bought lemon curd (not the same!), and dilute it because a runnier dip will coat easier.

Finely grated rind and juice from 1/2 lemon

1 egg, beaten

70g unsalted butter

70g fine sugar

Put everything into a small saucepan set over a pot of simmering water (double boiler) and stir till sauce thickens enough to coat back of spoon before running off. Let cool. If it gets too thick, blend in some water.


 

Apapon kita harus bersyukur dan banyak bersabar kan... samada dalam mendidik anak-anak atau apa jua yang dilakukan... segala yang berlaku adalah ujian dan ketentuan dari Yang Maha Kuasa...


Nasi goreng bunga kantan

$
0
0

Bila mood malas memasak, layan nasi goreng pon ok jugak... kan?! hehehe... dulu zaman tok nenek dan emak-emak kita, nasi goreng menjadi menu apabila banyak nasi tak habis dimakan... berbeza sekarang nasi goreng sudah diberi nafas baru dengan berbagai-bagai aksesori dan nama yang dikomersialkan... ada nasi goreng ayam, nasi goreng daging merah, nasi goreng cina, nasi goreng kerabu, nasi goreng antarabangsa dan macam-macam lagi... nasi goreng bunga kantan ada jual tak kat mana-mana restoran?  Di restoran gee-hut ada... heeeee


NASI GORENG KANTAN

Bahan:

3 cawan nasi

4 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

5-10 biji cili api

bunga kantan hiris halus

kiub ikan bilis

1 biji telur

garam

minyak utuk menumis


Cara-cara:

-tumbuk cili padi, bawang merah dan bawang putih.... tak perlu hancur sangat.... tumis hingga kekuningan

-masukkan kiub ikan bilis dan bunga kantan hiris... pecahkan telur dan biar beku sekejap baru dikacau...

- masukkkan nasi... gaul rata....

- perasakan dengan garam.  siap! 



Zass...! jom sapu...


Kuih Seri muka

$
0
0

Hamboiiiii... berseri-seri muka pagi ini... al maklumlah anak dara sudah naik pelamin... melirik senyuman lebar sampai ke telinga... walaupun badan penat, lenguh sana sini dan rumah tonggang langgang macam tongkang pecah namun dalam hati tetap ada taman... taman bunga berwarna warni... seronok dan bangga dapat menantu... sedih dan terharu pun bercampur baur... terharu melihat ramai tetamu datang bertandang dan sedih bila anak bakal meninggalkan kita... Begitulah lumrah kehidupan... kan?


Baiklah... itu kisah orang kenduri kahwin.. Tahniah lah yer... ! k.gee pun tidak mahu kalah mahu 'berseri' juga... tapi kuih seri muka laa.. bukan seri dapat menantu... hehehe... Kuih seri muka yang lemak berkrim ini memang kuih kegemaran k.gee... hari-hari makan pun tak pernah jemu... Jom layan resipinya...    



KUEH SERIMUKA LAPIS

Resipi : Chef hanieliza
Ubahsuai : gee-hut


Bahan-bahan:

Lapisan Bawah

2 cawan pulut [rendamkan 3 jam]

3 cawan santan cair

1 s/k garam


Lapisan Tengah..gaul semua dan masakkan sikit(k.gee tak masak)

2 cawan santan pekat

1 biji telur

1/4 cawan gula

1/4 cawan tepung kastad (k.gee ganti t.jagung)

1/4 cawan tepung gandum

1/2 cawan jagung cream

sedikit garam



Lapisan Atas... gaulkan semua

2 cawan santan pekat

1 biji telur

1/4 cawan jus pandan

1/4 tepung gandum

1/2 cawan tepung kastad (ganti t.jagung)

1/4 cawan gula

sedikit garam



Cara

1. Masukkan pulut dalam loyang dan kukuskan.

2. Bila telah masak, tekankan dalam loyang sehingga mampat.

3. Lapiskan dengan lapisan tengah [adunan jagung]

4. Masakkan anggaran 15 minit.

5. BIla dah masak masukkan pula lapisan atas [adunan hijau pandan]dan kukuskan algi selama 15 minit.

6. Bila dah masak, sejukkan baru dipotongkan dan hidang.

 

Sambil masak sambil senyum... baru muka beseri-seri...
kaan...!

Terung goreng bilis

$
0
0

Salam.
Ops...! cop...cop... jangan salah faham yer... bukan k.gee yang dapat menantu tapi orang lain... rakan-rakan k.gee di opis ni... k.gee tumpang gembira jer bila tengok memasing yang dapat menantu datang ke opis dengan muka yang berseri-seri... tersangat gumbira..! k.gee cuma berseri-seri dapat makan kuih seri muka.... menantu lambat lagi kot... hehehe...  


Sudah makan tengahari ke? lauk apa hari ini...? Hari ini k.gee nak kongsikan resipi senang saja... sayur terung goreng bilis... menu fav k.gee tau...


TERUNG GORENG BILIS
 Resipi : Dapur Ibundo
Olah rasa : gee-hut

Bahan:

4 biji terung panjang dibelah dua dan potong ditengah

2 genggam ikan bilis dibersihkan, rendam dan tumbuk kasar

8 biji bawang kecil ditumbuk

3 ulas bawang putih ditumbuk

20 biji cili api di tumbuk atau diblender

4 biji cili api di potong dua

1 sudu besar cuka (k.gee ganti asam keping)

1 sudu kecil serbuk stok ikan bilis

1 sudu sos tiram (k.gee tambah)

garam secukupnya


Caranya:

1. Bilis digoreng garing. Ketepikan.


2. Terung digoreng sehingga masak. Ketepikan.

3. Kurangkan minyak dikuali. Tumis bahan tumbuk hingga masak dan wangi.

4. Masukkan cili api. Goreng garing.

5. Tambah garam, stok ikan bilis dan cuka.

6. Sebelum padamkan api, masukkan terung dan ikan bilis goreng.

7. Padam api segera untuk pastikan ikan bilis kekal rangup.





Selamat menjamu selera...!


Kuih Keria

$
0
0

Selamat Pagi...! Sarapan apa hari ini..? K.gee makan kuih keria bersama kopi-o panas... keledek dibawa balik oleh encik hb dari Cameron Highlands... bertimbun dibelinya... terpaksalah diagih-agihkan kepada adik beradik... ada yang dibuat cucur badak, rebus dan goreng... yang ada di rumah k.gee buatkan kuih keria... sedap betul keledek oren cameron highlands ni... manis sungguh...!  


Kuih keria mudah saja menyediakannya... cuma bab nak menyira tu k.gee selalu fail... kadang-kadang gula tehangus kadang-kadang tercair... nasib baik ada Bdaria yang sudi berkongsi ilmu menyira gula... Jom kita buat kuih gelang @ kuih keria...


KUIH KERIA

Bahan – bahan :

500 gm keledek Oren (kupas kulit, potong kecil dan rebus hingga empuk - toskan)

1 cawan tepung gandum

1/2 s/k garam

Cara – cara :

1 Ubi keledek yang telas ditoskan tadi ketika masih panas lecek bersama sedikit garam. Apabila
cukup halus, sejukkan sebentar.

2 Masukkan tepung dan uli rata hingga menjadi doh. dohnya memang lembut dan melekat
di tangan

3 Taburkan tepung di dulang dan tapak tangan. Bentukkan kuih menjadi gelang mengikut
saiz masing-masing. Buat hingga habis.

4 Panaskan minyak dan goreng kuih hingga keemasan. Sejukkan sebentar sebelum disira.

Menyira gula kuih

Sumber : Bdaria

Bahan-bahannya:-

1/2 cawan gula pasir

1/2 cawan air

Cara-caranya:-

Masukkan gula dan air kedalam kuali yang agak besar. Masak dengan api sederhana......api sederhana ye bukan api kecil atau api yang kuat.

Jika anda perhatikan buih-buih tu mula-mula ia akan memenuhi bahagian tepi dan kemudian ia akan merebak kebahagian tengah.

Biarkan ia selama 7 minit.

Apabila sudah 7 minit, cuba titiskan setitik air gula atas piring dan kemudian guna jari telunjuk sentuh air gula tadi dan temukan jari telunjuk dengan ibu jari. Lekat-lekatkan beberapa kali.....ia dikira sudah 'menjadi' bila anda rasa ia melekit-melekat dijari dan akan menghasilkan ketulan-ketulan halus kat jari. Kalau tak.....biarkan satu minit lagi. Ketika saya buat ia dalam 9 minit baru saya tutup api. So pastikan pada sukatan diatas, tempoh masak air gula supaya ia pekat adalah dalam 8-10 minit. Jika lebih 10 minit anda akan dapat gula hangus. 

Terus matikan api dapur ye.

Kemudian baru masukkan kuih-kuih yang anda hendak sira kedalam kuali dan kacau sampai bunga-bunga gula keluar.

 

Sedap tau makan kuih keria...
jemputlah....!


Roti jala

$
0
0

Assalamualaikum...
Menu roti jala untuk juadah sarapan pagi hari Sabtu lepas... kebetulan ada jemputan program solat hajat di sekolah anak dara k.gee si Ain yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada 13 Oktober ini.  Ibu bapa dijemput untuk bersama-sama berdoa dan bersolat hajat demi kejayaan anak-anak.  Sewaktu sesi bertemu dan bermaaf-maafan dengan ibubapa maka bercucuran lah airmata memasing... sebagai ibu bapa kita harus berlapang dada mengampunkan anak-anak dan berdoa agar diberikan kejayaan yang cemerlang buat mereka di dunia dan akhirat... k.gee bekalkan sedikit roti jala dan kari ayam untuk Ain.. 


Sedikit info mengenai STAM...

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) merupakan peperiksaan yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bagi membolehkan pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar dan yang setaraf dengannya. Secara amnya, peperiksaan ini diambil selepas mengambil peperiksaan SPM atau semasa di Tingkatan Enam.  Sijil akan dianugerahkan kepada calon yang lulus sekurang-kurangnya peringkat Maqbul dalam semua mata pelajaran. Sijil akan dikeluarkan dalam versi Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. 

Calon yang gagal satu mata pelajaran atau lebih hanya akan diberi Penyataan Keputusan.

Pangkat bagi setiap mata pelajaran dan sijil dilaporkan adalah seperti berikut:

Mumtaz - Cemerlang
Jayyid Jiddan - Sangat Baik
Jayyid - Baik
Maqbul - Lulus
Rasib - Gagal



Jom layan roti jala pulak...

ROTI JALA


Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

2 1/2 cawan air

1 biji telur

1 sudu kecil minyak masak

1/2 sudu kecil garam

Sedikit pewarna kuning

Cara penyediaan :
1.Blend kesemua bahan sehingga sekata. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Jika cair, tambah sedikit tepung gandum. Jika pekat, tambah sedikit air.


2.Panaskan kuali leper dengan api yang sederhana. Sapu sedikit minyak pada kuali.

3.Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala dan pusingkan acuan dalam kuali 360 darjah dari bahagian luar hingga ke bahagian dalam.

4.Biarkan masak sehingga keperangan. Lipat roti jala sebanyak 2 kali dan angkat.

5.Ulang langkah 3-4 sehingga habis adunan. Sesekali sapu sedikit minyak pada kuali.

6. Sedap dicicah bersama kari ayam.

 

Moga Allah jayakan anak-anak yang akan menduduki peperiksaan STAM bermula 13 Oktober 2014 ini... Amin amin Ya Rabbal Alamin...

Selamat Hari Raya Haji 2014

$
0
0

Allaahu akbar.. Allaahu akbar.. Allaahu akbar …..

Laa – ilaaha – illallaahu wallaahu akbar.

Allaahu akbar walillaahil – hamd.

Allah maha besar Allah maha besar Allah maha besar

Tiada Tuhan selain Allah

Allah maha besar

Allah maha besar dan segala puji bagi Allah...
 

Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari raya Aidil Adha kepada semua teman-teman, sanak saudara, kenalan, rakan dan semua umat Islam di mana jua berada... maaf zahir dan batin... bersamalah kita menghayati peristiwa agung pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anakandanya Nabi Ismail a.s dalam memenuhi tuntutan perintah Allah Taala... 

Alhamudulillah... hari raya tahun ini k.gee dapat melaksanakan ibadah korban di kawasan perumahan kami... majlis korban diadakah di kawasan masjid dan selepas selesai upacara sembelihan, masjid mengadakan kenduri... kami anak beranak hanya berkenduri di rumah sahaja...


Ok... hari ini k.gee sharekan resepi puding oreo yang k.gee selongkar di dapor Hazlinnazri... sesuai dibuat juadah pencuci mulut untuk tetamu... Terima kasih dik...

PUDING OREO
Sumber : Hazlinnazri
Ubah suai rasa : gee-hut

Bahan-bahan...

1 paket agar-agar

1400 ml air (ikut kesuaian banyaknya agar-agar)

daun pandan

(3 bahan di atas ~ didihkan sehingga agar-agar cair sepenuhnya)

10 keping biskut oreo (buang krimnya) (k.gee guna oreo serbuk...tak payah kisar)

2 sudu besar serbuk koko (k.gee tambah sedikit cooking choc yang dicairkan)

2 sudu besar susu pekat ~ kalau nak guna susu perisa coklat pun ok

1/2 cawan gula (secukup rasa)

1/2 cawan air suam

(5 bahan-bahan di atas ~ blend, jadi pes coklat dan tuang dalam periuk agar-agar yang dah dicairkan tadi)

selepas mendidih, masukkan dalam acuan.. sejukkan dan boleh dimakan..

boleh juga dimakan bersama cocktail buah-buahan...

memang yummy..

 

Selamat mencuba...



Ikan goreng taucu... menu yang ringkas

$
0
0

Dua tiga hari ini menu asyik berlaukkan daging... memang puas hati dapat makan daging segar dan baru... terasa manisnya daging korban yang penuh barakah... anak-anak paling suka daging masak kicap dan daging goreng black pepper... siap meratah lagi... encik hubby sukakan singgang daging.... k.gee pula lebih sukakan daging masak lemak cili padi... buat pedas2 dan pekat kuahnya... hiriskan daun kunyit dan makan bersama nasi hangat... pergghhh!!!! 3 pinggan bertambah nasi you... tak sempat nak shooting sudah licin... hehehe 


Itu kisah daging... sajian hari ini bukan bab daging tetapi menu ikan yg ringkas dan ala kadar saje... ikan goreng taucu... k.gee gunakan ikan tongkol atau ikan aya hitam... isinya lembut dan padat hampir sama isi ikan tenggiri... sedap juga kalau dimasak kari, singgang atau gulai nasi berlauk... 

Sebenarnya di rumah k.gee jarang sekali masak taucu sebab bukan makanan peberet.... hanya k.gee sorang saje yg gemarkan taucu... lagipun memang sudah lama tak mentaucu...teringin pulak... Sesiapa yang sukakan taucu jom semak resipi mudah ini...
 

IKAN GORENG TAUCU



Bahan:

2 keping ikan tenggiri atau apa-apa ikan kegemaran - bersihkan dan lumur garam n kunyit

1 biji bawang besar ~ potong bulat

3-4 butir bawang putih ~ dihiris

1/2 inci halia (dihiris panjang)

3 biji cili hijau ~ di belah tengah

3-4 biji cili padi

3-4 sudu taucu

Air asam jawa

Gula secukup rasa


Cara:

- Panaskan minyak dan goreng ikan hingga masak.

- Keluarkan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga naik bau..

- Masukkan taucu, air asam jawa dan sedikit gula

- Tambahkan sedikit air jika perlu. Masak seketika

- Bila sudah mendidih, masukkan bawang besar, cili hijau. cili padi dan gula.

- Tak perlu masukkan garam kerana biasanya taucu sudah masin.

- Biar mereneh sekejap baru masukkan ikan goreng tadi.

- Gaul dan siap.... Boleh dihidangkan...

 

Cepat dimasak sedap dimakan... boleh buat juadah makan tengahari hari ini...
jom...!

Mee bandung simple

$
0
0

Bila teringin makan mee bandung, terbayang-bayang mee bandung Muo... eh eh Muar... mee yang menjadi makanan kebanggaan orang Johor... kami yang bukan orang Johor pun memang gemar makan mee bandung terutama bila menghirup kuahnya yang ada rasa masam dan manis yg sangat 'ngam' dengan tekak... 


Yang ini mee bandung k.gee versi simple dan campak-campak... ada stok daging korban sikit, telur sebiji, tauhu sekeping dan 2,3 ekor udang hidup... jadilah... janji dapat penuhi hajat tekak... kan?

MEE BANDUNG SIMPLE
(cnp : Potret kasih,
Resepi asal : Nuridah, Dapur Madihaa)

Bahan-bahan untuk kuah:


Utk dimesin

5 ~ 6 ulas bawang merah

3 ulas bawang puteh

10 tangkai cili kering ~ dipotong & rebus hingga lembut

segenggam kacang tanah ~ digoreng dan dimesin halus

1 paket udang kering (2 1/2 sudu besar) ~ dimesin bersama kacang tanah

300 gram daging ~ potong nipis

4 biji telur

2 sudu sos tomato

4 sudu sos cili

Sedikit minyak masak ~ utk menumis

Garam secukup rasa

2 sudu besar gula

air secukupnya

1 ikat sawi ~ dicelur

2 helai daun kubis ~ tak letak

4 batang jagung muda ~ tak letak

2 bungkus mee kuning ~ dicelur

limau kasturi ~ optional

daun sup ~ optional

tauhu goreng ~ optional

bawang goreng ~ optional


Cara2


1.  Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan kesemua bahan-bahan yg telah dimesin sehingga naik baunya.

2. Masukkan 3 mangkuk air bersama daging (Saya masukkan dlm 1 2/3 blender air untuk empukkan daging)

3. Setelah daging empuk, masukkan pula kacang tanah dan udang kering yang telah dimesin tadi.

4. Setelah beberapa minit, masukkan sos cili, sos tomato, garam n gula secukup rasa.

5. Kacau rata semua bahan dan kemudian keluarkan daging dari periuk.

6. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk (lebih selamat pecahkan dulu dalam mangkuk lain sebelum dimasukkan ke periuk bimbang jika ada telur yg busuk) dan perlahan kan api dapur. Biarkan sehingga telur masak.

7. Setelah telur masak, masukkan kembali daging yang dikeluarkan tadi.

8. Setelah siap semuanya, boleh lah dihidang dengan mee, sayur sawi dan juga cili jeruk. (saya campurkan sekali sayur2an di dalam kuah selepas telur dah masak.. kemudian barulah masukkan daging).



Simple jer.... janji kenyang...
hehehe

Kaswi Pandan

$
0
0

Salam pagi minggu... syukur alhamdulillah pagi minggu yg nyaman ini dapat menikmati udara yg segar selepas hujan malam semalam sambil melayan tekak dengan keenakan kuih warisan kuih kaswi beraroma pandan bersama kopi-o panas... aaarghh..! nikmatnya....


Tiada yang lebih bermakna dari nikmat badan yang sihat kan..? haisy...! terasa hilang nikmat dunia seketika bila terlantar di hospital hanya dijamu pil-pil dan disuntik ubat-ubatan.... walaupun ada sajian yg enak-enak tetapi ujian tekak yg ditarik Allah seketika membuatkan semua sajian terasa hambar tawar dan kosong... Astaghfirullah... semoga kita insaf atas dosa-dosa yg kita lakukan dan sentiasa bersyukur atas rezeki kesihatan yg dipinjamkan...  



KUIH KASWI PANDAN

2 cawan tepung gandum
4 cawan air pandan
1 1/2 cawan gula pasir
2 sudu besar tepung beras
Pewarna hijau
2 sudu kecil air kapur makan

Cara:

1. Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas dan kacau rata. Tapis.
2. Sediakan loyang atau acuan, sapu sedikit minyak dan tuang adunan tadi.
3. Kukus selama 30-40 minit.
4. Setelah masak, sejukkan dan gaul dengan kelapa parut putih yg dicampur sedikit garam.



bila badan sihat baru boleh makan macam-macam kan...
jemptlah....




Hijrah... Jeruk mangga asam boi

$
0
0

Assalamualaikum dan Salam Tahun Baru 1436 Hijrah kepada semua umat Islam di mana jua berada... Semoga kita dapat menghjrahkan diri kita kepada yang lebih baik dari hari-hari sebelumnya... 

Ya Allah Ya Tuhan kami...limpahkanlah kepada kami...
  • Rahmat, Hidayah dan kurniaanMu...
  • Kesihatan zahir dan batin...
  • Rezeki yang melimpah dan berkat...
  • Anak-anak yang soleh solehah...
  • Keluarga yang sakinah mawaddah warrahmah...
  • Kebahagiaan di dunia akhirat...
  • Dijauhkan dari segala keburukan dan didekatkan pada segala kebaikan...
AMIN...AMIN...  Perkenankan lah doa kami Ya Rabb...


Fenomena jeruk mangga asam boi pulak melanda... tak pasti pulak bila bermulanya demam jeruk mangga ini dan siapa yg mengkreatifkannya... tetiba meletops di sana sini...  

Dulu masa k.gee kecik bila buah mangga merimbun dan emak buatkan jeruk, kami adik beradik buat tak reti jer tak menjeling pon... puas lah mak seorang diri menghabiskan sebalang jeruk mangga yang dibuatnya... kadang-kadang sampai berbuih tak terhabis makan....  

Hari ini bila muncul jeruk mangga berasam boi... aik! mana jeruk mangga mak tadi...? Lor.... tak sempat nak masuk dalam balang sudah licin rupanya... masyaAllah... sedap rupanya jeruk mangga asam boi ni.... patut la popular...


Nasib baik ada pokok mangga belakang rumah yang sedang berbuah... apalagi! pagi-pagi buta sudah meminang mangga muda.. mengalahkan orang ngidam... kecur dibuatnya... hehehe,..   jom layan....



JERUK MANGGA ASAM BOI

4 biji mangga muda (suka hati nak buat banyak mana...)
1 paket asam boi (10-12 biji)
5-10 biji cili padi (kalau suka pedas boleh tambah)
Sedikit garam
1/2 cawan gula (ikut kesesuaian rasanya... )

Caranya :
  • Basuh dan potong mangga muda tadi mengikut citarasa anda
  • Potong juga cili padi, nak lebih pedas bolh tambah yea...
  • Tambahkan sedikit garam, gula dan asam boi
  • Satukan kesemuanya dalam bekas dan gaul rata.
  • Masukkan dalam bekas, tutup dan sejukkan dalam peti ais 4-5 jam.


Tadaaa.... jom jeruk...


Agar-agar jagung

$
0
0

Walaupun 2,3 hari ini cuaca agak suram, mendung dan kadang kala hujan tetapi tekak tetap juga nakal nak menikmati juadah yang sejuk dan manis... kali ini agar-agar jagung menjadi pilihan untuk menyamankan sang tekak... Jom layan...  


AGAR-AGAR JAGUNG

1 bungkus agar-agar serbuk
1 tin jagung manis berkrim (blenderkan)
1 liter air
250 ml santan
2 biji telur
3/4cawan gula
Secubit garam
Daun pandan

Cara:

Satukan agar-agar, air dan daun pandan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.  Masukkan gula, jagung yng sudah dikisar, garan, gula dan telur. Biarkan mendidih. Curahkan ke dalam acuan dan biarkan ia sejuk baru disimpan ke dalam peti ais sebelum dinikmati.


Bizi...bizi..bizi... ini saje yang sempat disediakan
jemputlah... 


Kobis masak lemak putih

$
0
0

Lauk apa hari ini..? Apa kata kita sajikan sayur kobis masak lemak putih... kalau suka boleh campurkan karot dan tauhu... boleh hidangkan untuk cik abang yang baru pulang dari solat Jumaat... ermmm insyaallah menyelerakan...  gandingkan pula dengan ikan goreng panas-panas, sambal belacan atau sambal tumis udang.... kurrrr semangat!! silap-silap ibu mertua lalu pon tak sedar.... ops! ampun mak.... 


Biasanya bila lauk begini, tak makan nasi pon tidak mengapa... boleh meratah dua tiga mangkuk... sedap kan... anak-anak pon suka... 



KOBIS MASAK LEMAK PUTIH

1/4 biji kobis - dihiris nipis
1 labu bawang besar - hiris
1 batang karot - dihiris memanjang
1 biji cili merah - dihiris
1 cawan santan + 1 cawan air
3-4 ekor ikan bilis
Sedikit garam

Cara penyediaan:
Masukkan semua bahan keculai kobis dan karot ke dalam periuk.  Masak hingga mendidih.  Jangan lupa dikacau selalu supaya kuah tidak berbintil. Bila sudah mendidih baru masukkan kobis dan karot.  Kacau rata dan tutup api.  

Jemput ler... sila laa...

Kacang Rugget

$
0
0

Assalamualaikum dan salam rindu rinduan buat semua...
Aduuuuh mak aii... bila sampai hujung tahun beginilah keadaannya... sibuk sana sibuk sini... berkejar ke sana ke mari... program sana program sini... audit sana audit sini... haisy! mengalahkan PM tau...! masa inilah kesihatan badan sangat diperlukan... kalau badan tidak cukup fit boleh tumbang dibuatnya.... semoga Allah berikan kesihatan fizikal dan rohani yang baik agar dapat menyempurnakan tugas sebaiknya... Insyaallah 


Sekali tengok kacang rugget ini di dapor Masam Manis terus terbekenan... apalagi... terus godek-godek dan lupa sekejap kerja-kerja yang bertimbun di opis... sedap tau... tak percaya!? cuba dulu... baru tahu...  


KACANG RUGGET

Rujukan : Azlita masam manis/ Melley Mey's Kitchen
Resepi Oleh : Hasue

Bahan-bahan :

500gm kcg tanah

1 biji telur

1 1/2 inci halia

5 ulas bawang putih

2 cawan tepung beras

2 sudu mkn serbuk cili atau serbuk lada sulah

1 cawan air

2 biji cili merah / cili kering

gula secukup rasa

garam secukup rasa

Mula-mula kita bersihkan kacang dahulu.


Cuci bersih dan toskan airnya hingga kering.

Lepas tu kita tumbuk atau kisar, bawang putih, halia dan cili.  Ketepikan

Dalam mangkuk yang besar, satukan tepung beras, serbuk cili, garam dan gula secukup rasa, telur dan bahan yang kita kisar tadi.  Gaul semua bahan hingga rata.

tambahkan air sedikit demi sedikit, hingga adunan bergaul sempurna

Lepas tu kita masukkan kacang tanah yang kita dah cuci dan toskan tadi.  Gaul rata

Panaskan minyak dengan api yang sederhana dan goreng kacang hingga kekuningan dan masak

Kacau senantiasa supaya kacang tak melekat-lekat dan tidak hangus

Bila dah kekuningan angkat dan toskan minyaknya.  Simpan kacang di dalam bekas kedap udara.

* ingat ya guna api sederhana, takut nanti luar dah hangus tapi kacang dalam masih tak masak.



Oh alangkah nikmatnya hidup di kala ini kalau dapat bersantai-santai merehatkan minda sambil menikmati hembusan bayu laut yang sepoi-sepoi bahasa sambil melayan kacang rugget seketul demi seketul... kan?


Happy Anniversary

$
0
0

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar! 
7 November 2014 hari Jumaat hari yg barakah... 22 Tahun usia perkahwinan kami....

Semoga Allah limpahkan cahaya kegembiraan, cahaya keampunan dunia dan akhirat, cahaya kebahagiaan, cahaya kasih sayang serta dikurniakan rezeki yang luas, kesihatan yang baik, akhlak yang mulia dan direzekikan anak-anak yg soleh dan solehah...


Semoga kami dapat sama-sama berpimpin tangan menuju ke Syurga yang abadi.

Amin Ya Allah...  



RESIPI BUBUR PULUT 
(Ala-ala bubur putih bubur merah)

1 cawan beras pulut

½ cawang gula merah

½ cawan gula

Sedikit garam

1 mangkuk santan

Cara :

Rebuskan beras pulut sehingga kembang. Masukkan santan, gula, gula merah dan secubit garam. Kalau suka kuahnya banyak, lebihkan santannya.  Kacau dan bila mendidih matikan api.  Hidangkan.


HAPPY ANNIVERSARY TO ME... !!





 

Kek Span Mocha

$
0
0

Sudah lama tidak membaking... bukan malas tapi tak seronok makan kek sorang-sorang...  ini gambar lama yang terperap dalam lappy... tetiba semalam ada pulak yang mengidam nak kek span macam ini untuk hari jadinya... tapi hendak perisa lemon dan mocha katanya... huhuhu... harap-harap malam ini ada 'angin' rajin buat kek...


Kek span ini paling mudah dan senang sangat menyediakannya... yang penting rajin...! sebabnya kek ini menggunakan tepung kek segera cuma perlu tambahkan air, minyak jagung dan telur... godek sampai kembang dan gebu dan kemudian bakar... siap!  Sudah banyak kali k.gee buat kek ini dengan pelbagaikan corak dan perisanya... kalau sudi boleh semak di SINI, SINI, SINI dan SINI...




KEK SPAN MOCHA


400 gm sponge cake mix
4 biji telur
80ml minyak jagung
80 ml air
Esen vanila
Mocha emulco

Cara-cara :

1. Sediakan acuan 8 inci.  Panaskan oven 180'c selama 15 minit.

2. Masukkan tepung sponge mix ke dalam mangkuk adunan. Tambahkan air, esen vanila dan masukkan telur satu persatu dalam adunan tepung sambil diputar dengan kelajuan sederhana.

3. Bila adunan dah kembang dan gebu, masukkan minyak sambil diputar dengan kelajuan tinggi selama 2-3 minit lagi. 
4.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.  Satu dicampur mocha emulco dan satu dibiarkan adunan asal.  Tuangkan ke dalam acuan mengikut corak yang digemari.  Kalau suka boleh taburkan chocolate rise di atasnya. Bakar pada suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak.


Gebu gebasnya kek span ni... sedapnyaaa... nak..?
nah...!

Cucur jagung

$
0
0

Mata memandang
Mata memikat
Matalah puncanya

Mata menjeling
Mata menggoda
Matalah asalnya

Dari mata ia datang
Barulah ke hati
Dari matalah oh sayang
Mengasyikkan hati...

ingat tak biduanita Noor Kumalasari...? haaa... ini lirik lagu MATA dari Noor... tetiba teringat kan dia...


Itulah kan... mata ini pantang tengok benda yang menarik sikit... mulalah tergoda... kadang-kadang berangan pulak tu bila tengok orang tayang itu dan ini... bila nampak cantik dan menyelerakan mulalah... terlioq taww..!!! terliur pada makanan aja yer bukan benda lain... jangan salah tafsir pulak yer... cubit kang!!


Sebenarnya cucur ini asalnya cucur kentang yang menjadi fenomena baru-baru ini... memandangkan kentang ada seketul sahaja dan jagung manis ada 3 tongkol baki buat bubur 2,3 hari lepas, so k,gee adunkan keduanya dalam 1 mangkuk dan jadikan cucur jagung... aci kan... hehehe.  Jom kita semak resipinya...


CUCUR JAGUNG
Resipi CnP : Paty's Kitchen
Olah rasa : gee-hut

3 biji kentang dibuang kulit dan diparut halus


1/2 biji bawang besar dihiris nipis

2 tangkai daun bawang dihiris nipis

3 tangkai daun kucai (k.gee tambah)

3 biji cili hijau dihiris nipis

3 sdb tepung jagung

3 sdb tepung gandum

sedikit garam dan lada sulah

1 biji telur ayam

Minyak secukup untuk menggoreng deep fry


Caranya :

Satukan kentang parut (dan jagung yg dihiris isinya), daun bawang, daun kucai, bawang besar hiris, dan cili hijau hiris.


Masukkan tepung jagung, tepung gandum, garam, lada sulah dan telur, gaul rata

Jemput-jemputkan dengan sudu dan goreng deep fry sehingga kekuningan.

Sesuai dimakan bersama sos cili kegemaran. 



Jemput sarapan...
sudi-sudikanlah....

Tengkujuh sudah mai...

$
0
0

Nampaknya musim tengkujuh sudah tiba... hari ini sedari pagi hujan turun dan cuaca di luar sana pun agak suram dan gelap... menurut laporan keadaan cuaca di sini berada di tahap jingga dan kemungkinan akan berlaku air pasang pada malam ini... amaran banjir pun sudah mula dikeluarkan... jadi kepada mereka yang tinggal di kawasan rendah dan mudah berlaku banjir berhati-hatilah... pastikan simpan dokumen penting ditempat yg selamat, kemas barang-barang rumah di tempat tinggi serta dengar arahan pihak berkuasa... pastikan keselamatan ahli keluarga ya...!


Pastikan juga ada stok makanan kering di rumah... jangan sampai licin terus... maklumlah bila musim hujan memang malas nak keluar rumah sedangkan perut pulak asyik meminta minta... lapar memanjang... lagipun kerap kali di musim begini para peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barangan... paling kurang pun ada stok ikan bilis, sardin, telur, minyak masak, tepung, biskut dan gula... bila lapar senang nak godek... kan?  


BILIS GORENG HITAM MANIS

Bahan:

1 cawan ikan bilis - cuci besih dan tos

10-15 biji cili api - potong kecil

1 biji bawang besar – di hiris nipis

2 sudu besar kicap manis

minyak untuk menggoreng



Caranya:
1. panaskan kuali dan masukkan 2 senduk minyak masak.

2. goreng ikan bilis sehingga garing. sentiasa dikcau supaya garing sekata.

3. kemudian masukkan bawang besar dan cili api yang dipotong kecil tadi. kacau.

4. masukkan pula kicap dan gaul rata.

5. angkat dan bolehlah dihidangkan.




Menu paling simple tapi tetap menyelerakan...


Salad telur @ Saji Disember

$
0
0

Laaa...menu banjir ke ni... ? hehehe... apa salahnya sesekali layan menu koboi begini... kan? Lagipun menu simple begini bukan sahaja mudah disediakan malahan sedap dinikmati dan juga berkhasiat tau... anda cuma perlu sediakan beberapa biji telur rebus, sayur-sayuran segar dan sos... cuma aturkan sahaja ikut gaya memasing dan curah sos kegemaran... siap untuk dinikmati... ! senang kan....



Tapi jangan tak tahu cik kak sekalian, menu koboi ini adakalanya dinaikkan tahta menjadi menu sajian raja sehari... ya tak tipu...! kalau hendakkan lebih menarik boleh guna telur puyuh dan gubah menjadi bentuk yg menarik... pergh! compem berselera kedua pengantin makan telur... tak gitu mak pengantin?


Nah...! kalau nakkan resipi salad telur koboi k.gee ini boleh dapatkan Majalah Saji keluaran bulan Disember 2014 yang bertemakan "Raikan Mempelai"... ada 10 menu simple k.gee antaranya gulai nangka muda, pajeri nenas, acar nenas, opor, kurma dan acar ikan masin pun ada... k.gee ucapkan berbanyak terima kasih kepada majalah Saji dan terima kasih tak terhingga kepada wartawan Ezanawaty yang tak jemu-jemu menawarkan k.gee berkongsi resipi untuk majalah mereka walaupun masakan k.gee hanya yg biasa-biasa saje.... bila tengok masakan keluar dalam majalah... wow! apalagi... kembang kuncup la lubang hidung kita.... hahaha... perasan glemer!!



Cop..cop... bukan gila glemer yer...
cuma suka-suka saje...suka masak suka makan
hehehe...


Viewing all 347 articles
Browse latest View live